Wednesday, 14 September 2011

Ramadhan Dihayati Syawal Dirai

Assalamualaikum sume.....
  Lama dah rasanya tak update blog ni. Macam dah terlambat lak rasanya nak cakap pasal bulan syawal ni. Tapi takpelah. Macam orang-orang kata syawal kan sebulan. Hehe. Dah lama dah ramadhan yang pergi meninggalkan kita. Cukup atau tidak amalan yang kita lakukan semasa Ramadhan hanya empunya diri sahaja yang tau. Adakah kita terfikir bahawa tahun hadapan kita akan dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan atau tidak?? Saya doakan semoga kita semua dipanjangkan umur dan berjumpa lagi pada Ramadhan tahun hadapan dan dapat meningkatkan amalan pada bulan itu. Amin...

    Sekarang ni kita bercakap pula tentang syawal yang telah 17 hari berlalu. Cuba tengok kalendar di sebelah. Aku pun sekarang ni dah masuk belajar semula. Macam mana dengan raya korang??Seronok??Raya sakan tak??Macam aku sendiri seminggu tak lekat di rumah. Ada je program yang diatur family aku sendiri untuk kitorang pergi beraya. Penat memag penat la tapi bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama, penat tu terus hilang. Perasaan seronok tu mengatasi segala-galanya bila berjumpa dengan dorang. Al maklumlah, lama tak jumpa la katakan. Bila dah jumpa, banyakla citer yang nak diborakkan. Tapi dalam kemeriahan kita menyambut syawal ni, jangan kita lupa pada orang yang kurang berkemampuan daripada kita. Bersederhanalah semasa kita menyambut hari raya ni. Jangan terlampau boros sehingga pada akhirnya kita sendiri yang akan terasa bebanan dan kekesalannya.

     Sebut pasal raya ni, mesti semuanya terbayang kampung halamankan?? Bagi mereka yang balik ke kampung tu, berhati-hati di jalan raya ingatlah orang yang tersayang. Hehe. Bagi yang pulang ke kampung dengan perjalanan yang panjang, kat sini nak bagi tips2 la supaya korang dapat memandu dengan selesa dan berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung korang.


  1. Bila rasa mengantuk bila nak drive tu, berhentilah di mana-mana kawasan rehat yang berdekatan. Sebabnya bahaya memandu bila mengantuk. Bukan bahaya kat orang yang drive tu je, orang lain pun boleh terkene bahayanya tau.
  2. Makan makanan yang masam. Kalau kita makan makanan masam ni, secara automatiknya kita akan berada dalam keadaan yang sedar sepenuhnya semasa memandu. Yela, bila kita makan makanan masam tu, dahi kita akan berkerut2 nak tahan rasa masam tu kan??Jadi, dengan tu, kita tidak akan berasa boring atau mengantuk bila memandu.
  3. Makan gula-gula bila memandu
  4. Berboraklah dengan ahli keluarga atau teman-teman bila memandu. Seronok tu akan datang dan takkan terasa penat bila kita berborak sambil memandu. Tapi jangan pulak seronok borak sampai hilang fokus masa nak memandu.
  5. Fokus semasa memandu.
  6. Ada perancangan  dan keluar awal kalau perjalanan jauh untuk elakkan kesesakan lalu lintas.
  7. Bersabar bila memandu dan ikut peraturan yang ditetapkan.
   Ni la serba sedikit tips2 semasa memandu terutamanya kepada mereka yang berebut-rebut untuk pulang ke kampung halaman. Walaupun tak banyak, tapi aku harap dapatlah membantu korang melancarkan perjalanan korang pulang ke kampung tu. Raya, raya jugak. Pada sapa yang dah niat untuk puasa 6 tu, teruskanlah. Jangan sampai syawal dah habis baru terkejar-kejar nak puasa 6. Sapa-sapa yang buat rumah terbuka tu, buatlah tapi jangan pulak sampai membazir. Tak elok tu. Buatla sekadar apa yang termampu sahaja. Jangan makanan terlebih2 pulak takut bnayk yang akan ke tong sampah. Banyakkanlah buat amal jariah masa bulan ni. Bulan2 lain pun kene buat jugak tau. Jangan tunggu Ramadhan tahun depan baru nak buat amal jariah. Kalau boleh setiap hari kalu ada kesempatan kita buat amal jariah tu. Bulan Ramadhan pulak kita gandakankan amal yang kita buat tu. So, pahala kita takkan putus smpai bila2. 
K la. Aku rasa apa yang nak aku sampaikan ni pun, dah aku tulis.  Aku arap apa yang aku tulis ni bawak faedah kt korang yang baca blog aku ni. K sume. Salam...

Thursday, 11 August 2011

Jom sambut Ramadhan

MARHABAN YA RAMADHAN

Pejam celik pejam celik dah 11 hari kta berpuasa. Cepat masa berlalu. Kat sini nak kongsila beberapa maklumat pasal bulan puasa ni. Imam Ghazali r.a berpendapat ibadat ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.
Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Inilah yang dikatakan tahap terendah dan dikatakan puasa orang biasa. 
Manakala puasa khusus pula ialah menehan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota daripada melakukan dosa.
Sementara puasa tertinggi (khusus al-khusus) ialah manahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah sepenuhnya. 
Jadi daripada tahap puasa yang diterangkan, di manakan tahap puasa kita?Adakah tahap 1, 2 atau tahap yang paling tinggi iaitu tahap 3 atau puasa khusus al-khusus??Sebagai seorang manusia biasa, kita hendaklah sentiasa memperbaiki puasa kita sehingga puasa kita mencapai tahap tertinggi ini. 
Bulan Ramadhan yang diangkat sebagai bulan yang paling mulia-penghulu segala bulan-mengandungi pelbagai keistimewaan yang boleh mengajak manusia untuk menjadikan ia sebagai bulan untuk berubah. Soalnya, bagaimana kaedahnya jika kita bercita-cita mencapai yang terbaik dalam melaksanakan ibadah puasa dan seterusnya menjadikan ia sebagai bulan untuk melakukan perubahan yang sesuai??
Pertama, mungkin kita perlu terlebih dahulu mengkaji bagaimana yang dikatakan sebagai puasa yang terbaik. Misalnya, dikatakan manusia yang berpuasa perlu mengawal pandangan dan menahan diri daripada melihat perkara yang terceladan dibenci Allah. 100% hati wajib mengingati Allah. 
Kedua, mereka perlu memelihara lidah daripada menuturkan kata-kata buruk seperti mengumpat dan berdusta. Sebaliknya, sebaik-baik amalan ketika berpuasa hendaklah berdiam diri, bersolat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran.
Ketiga, mereka juga tidak berlebihan ketika berbuka dengan memakan makanan yang halal, sekadar untuk berbuka dan meneruskan solat Maghrib.
Kemuncak di atas segalanya, puasa tertinggi akan menjadi milik mereka yang sentiasa takut dan mengharapkan belas kasihan Allah s.w.t. Lalu marilah kita bertanya kepada diri sendiri, termasukkah aku dalam golongan ini?? Jika tidak, bolehkah sifat-sifat ini dilaksanakan semasa kita berpuasa?? Dan benarkah ia boleh dilakukan?? 
RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT MENGALAMI PERUBAHAN

'BIAR TAHUN INI, BULAN RAMADHAN KITA MEMBAWA ERTI YANG MELANGKUI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA'.

SEKIAN, WASALAM..


Friday, 29 July 2011

POSITIF HADAPI KRITIKAN

Assalamualaikum sume.....
 
       Tajuk kali ni positif dalam menghadapi kritikan. Kita ni dalam hidup bermasyarakat memang tak lari daripada kritikan. Kalau yang masih belajar tu, terima kritikan daripada kawan atau guru-guru. Kepada yang sudah bekerja pulak, hadapi kritikan daripada majikan atau daripada rakan sejawat sendiri. Pendek citer, kita ni sebagai manusi yang hidup bermasyarakat memang tak larilah daripada kritikan ni. Adakalanya kritikan ini membawa kesan yang buruk kepada seseorang kalau orang tu tak kuat. Sampai putus asa orang tu dibuatnya. Memang kita ni tak dapat elakkan diri daripada dikritik. Sedangkan Allah Yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca oleh orang yang tak berakal, inikan pula kita sebagai manusia biasa. 


     Kala meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita ni dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci di atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara. Jadi waspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan dan cemuhan daripada orang lain. Jika hati kita terusik, ini beerti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang kita boleh lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita. Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang membara dalam diri orang yang dikritik.

        ' Katakanlah (wahai Muhammad) : Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.' (Ali' Imran :119)
 
     Jadi, kalau kita menerima kritikan daripada orang lain, terima dengan hati terbuka. Memang kita akan berasa sedih apabila dikritik, tetapi ambil kritikan itu sebagai kekuatan yang membina yang membawa kajayaan kepada kita. Walaupun tidak mudah untuk kita menghadapinya, kita mesti percaya dan yakin kepada diri kita sendiri. Kenal potensi diri sendiri akan membawa keyajaan kepada kita. 

Thursday, 28 July 2011

Jadilah sahabat yang boleh memberikan kebahagiaan dan kebaikan kepada sahabatnya..

Etika dalam BERSAHABAT

    Sebagai seorang manusia yang hidup dalam bermasyarakat, perlu bagi kita untuk mempunyai seorang teman atau sahabat untuk berkongsi suka duka kita bersama. Dalam perhubungan itu pula, kita tidak dapat lari daripada masalah yang sering mendatang dalam hubungan kita dengan sahabat kita itu. Jadi di dalam hubungan kita dengan sahabat atau dengan sesiapa sahaja, terdapat beberapa etika yang boleh diikuti untuk mengelakkan salah faham kita dengan teman kita itu. 

1. Kesabaran 
    Belajarlah untuk bersabar jika kawan kita menyinggung perasaan kita. Mgkin dgn ksbaran itu, si sahabat akan berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.

2. Berterus terang
    Jgn sesekali memendam perasaan jika anda tdk menyenangi skp teman2 di sekeliling. Cuba bincang dan 
    berterus terang agr masalah yg membelenggu  diri akan selesai dan jgn meninggikan suara ketika 
    berbincang.

3. Ikhlas
    Sentiasa bersikap ikhlas dan jgn terlalu berkira dengan org lain. Sikap ikhlas kita akan mnjdikan orang  
    sekeliling akan menghormati kita.

4. Saling menghormati
    Hormatilah orang sekeliling sudh tntu org lain juga akn menghormati kita.

5. Jujur
    Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadikan hubungan persahabatan 
    yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 skp bermuka-muka krn itu akan merenggangkan 
    persahabatan.

6. Saling faham memahami
    Merupakan resipi utama dalam membina sebuah persahabatan berjaya.

7. Saling memaafkan
    Sikap pemaaf bukan sekadar mulia tetapi juga dapat memberikan kesan positif terhadap diri sendiri.

8. Bertolak ansur
    Sifat begini akan memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Tetapi jgn harapkan hya org lain
    yg perlu bertolak ansur dgn kita dan dalam masa yg sma kita pula mengambil ksmpatan terhadap mereka.
    Ini tidak adil namanya.

9. Jaga tutur kata
    Jgalah tutur kata dan jgn celupar ketika berbicara bersama org sekeliling. Sikap mulut lepas ini selalunya
    mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.

10. Nasihat menasihati
      Saling tegur menegur dan nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah diluahkan secara 
     baik dan bukannya dgn melulu dan mengkritik. Bukankah saling igt mengingatkan itu suatu perbuatan 
     yg mulia.

11. Ambil berat
     Jgn ptgkan diri sendiri. Ambil brt ant satu sm lain. Jika shbt dilnda masalah, ambil masa utk berada di
     sisinya tanda setia kawn. Namun, berpada-pada juga, jka saban hri mndgr mslhnya, mgkin akn 
     membebankan diri sndiri. Kita juga ada mslh yg perlu diselesaikan.

12. Saling berhubung
      Anda mungkin dipisahkan oleh jarak dan kesibukan. Apa kata eratkan persahabatan dgn bertanya 
      khabar. Telefon atau sekadar mghntar pesanan rgkas sudh memadai tnda ingatan.

13. Bertelingkah
     Sesekali bertelingkah adlh perkara normal. Insya-Allah itu akan mnjdikan perhubungan brtmbh baik dan
     saling mengenali serta memahami. Tetapi elakkan bergaduh tanpa bermaaf-maafan. Beralah dan saling
     meminta maaf untuk mnjrnihkan keadaan.

Wednesday, 27 July 2011

kita insan yang beruntung

Cuba perhatikan, ramai manusia di sekeliling kita sedang menghadapi pelbagai bencana. Betapa banyak penderitaan yang ditanggung dan hanya iman yang menjadi kekuatan untuk kita mengharunginya.
   Jadi, usah merungut, bersedih dan berputus asa jika kita diuji dengan cabaran yang kecil. Kini sampailah masa untuk kita merenung ke dalam diri sebagai orang yang mulia bersama mereka yang terkena musibah. Tiba masa juga untuk kita menyedari bahawa kehidupan di dunia ini merupakan penjara bagi orang-orang mukmin dan ia adalah tempat kesusahan dan cubaan.
    Semua yang dimiliki hari ini hanya pinjaman dan segala-galanya boleh hilang sekelip mata bila ujian tiba seperti  kemiskinan, kematian, kesakitan dan sebagainya.
  'Dan Kami pula telag nyatakan kepada kamu berbagai-bagai contoh perbandingan (di dalam al-Quran dan melalui sabda Rasul' - surah Ibrahim ayat 14:45
   Anggaplah dugaan yang diterima itu bagaikan duri-duri kecil yang tiada ertinya. Mohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan dan bersyukurlah di atas segala kurniaan-Nya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai teladan yang redha dan bersabar dengan pelbagai cabaran yang menimpanya dalam menegakkan Islam. Sebagai umatnya, malunya kita jika ditimpa dugaan yang kecil, kita sudah berputus asa.