Thursday 11 August 2011

Jom sambut Ramadhan

MARHABAN YA RAMADHAN

Pejam celik pejam celik dah 11 hari kta berpuasa. Cepat masa berlalu. Kat sini nak kongsila beberapa maklumat pasal bulan puasa ni. Imam Ghazali r.a berpendapat ibadat ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu puasa umum, puasa khusus dan puasa khusus al-khusus.
Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Inilah yang dikatakan tahap terendah dan dikatakan puasa orang biasa. 
Manakala puasa khusus pula ialah menehan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota daripada melakukan dosa.
Sementara puasa tertinggi (khusus al-khusus) ialah manahan hati daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah sepenuhnya. 
Jadi daripada tahap puasa yang diterangkan, di manakan tahap puasa kita?Adakah tahap 1, 2 atau tahap yang paling tinggi iaitu tahap 3 atau puasa khusus al-khusus??Sebagai seorang manusia biasa, kita hendaklah sentiasa memperbaiki puasa kita sehingga puasa kita mencapai tahap tertinggi ini. 
Bulan Ramadhan yang diangkat sebagai bulan yang paling mulia-penghulu segala bulan-mengandungi pelbagai keistimewaan yang boleh mengajak manusia untuk menjadikan ia sebagai bulan untuk berubah. Soalnya, bagaimana kaedahnya jika kita bercita-cita mencapai yang terbaik dalam melaksanakan ibadah puasa dan seterusnya menjadikan ia sebagai bulan untuk melakukan perubahan yang sesuai??
Pertama, mungkin kita perlu terlebih dahulu mengkaji bagaimana yang dikatakan sebagai puasa yang terbaik. Misalnya, dikatakan manusia yang berpuasa perlu mengawal pandangan dan menahan diri daripada melihat perkara yang terceladan dibenci Allah. 100% hati wajib mengingati Allah. 
Kedua, mereka perlu memelihara lidah daripada menuturkan kata-kata buruk seperti mengumpat dan berdusta. Sebaliknya, sebaik-baik amalan ketika berpuasa hendaklah berdiam diri, bersolat sunat, berzikir dan membaca Al-Quran.
Ketiga, mereka juga tidak berlebihan ketika berbuka dengan memakan makanan yang halal, sekadar untuk berbuka dan meneruskan solat Maghrib.
Kemuncak di atas segalanya, puasa tertinggi akan menjadi milik mereka yang sentiasa takut dan mengharapkan belas kasihan Allah s.w.t. Lalu marilah kita bertanya kepada diri sendiri, termasukkah aku dalam golongan ini?? Jika tidak, bolehkah sifat-sifat ini dilaksanakan semasa kita berpuasa?? Dan benarkah ia boleh dilakukan?? 
RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT MENGALAMI PERUBAHAN

'BIAR TAHUN INI, BULAN RAMADHAN KITA MEMBAWA ERTI YANG MELANGKUI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA'.

SEKIAN, WASALAM..


No comments:

Post a Comment