Friday, 29 July 2011

POSITIF HADAPI KRITIKAN

Assalamualaikum sume.....
 
       Tajuk kali ni positif dalam menghadapi kritikan. Kita ni dalam hidup bermasyarakat memang tak lari daripada kritikan. Kalau yang masih belajar tu, terima kritikan daripada kawan atau guru-guru. Kepada yang sudah bekerja pulak, hadapi kritikan daripada majikan atau daripada rakan sejawat sendiri. Pendek citer, kita ni sebagai manusi yang hidup bermasyarakat memang tak larilah daripada kritikan ni. Adakalanya kritikan ini membawa kesan yang buruk kepada seseorang kalau orang tu tak kuat. Sampai putus asa orang tu dibuatnya. Memang kita ni tak dapat elakkan diri daripada dikritik. Sedangkan Allah Yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca oleh orang yang tak berakal, inikan pula kita sebagai manusia biasa. 


     Kala meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita ni dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci di atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara. Jadi waspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan dan cemuhan daripada orang lain. Jika hati kita terusik, ini beerti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang kita boleh lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita. Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang membara dalam diri orang yang dikritik.

        ' Katakanlah (wahai Muhammad) : Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu.' (Ali' Imran :119)
 
     Jadi, kalau kita menerima kritikan daripada orang lain, terima dengan hati terbuka. Memang kita akan berasa sedih apabila dikritik, tetapi ambil kritikan itu sebagai kekuatan yang membina yang membawa kajayaan kepada kita. Walaupun tidak mudah untuk kita menghadapinya, kita mesti percaya dan yakin kepada diri kita sendiri. Kenal potensi diri sendiri akan membawa keyajaan kepada kita. 

No comments:

Post a Comment