Wednesday, 27 July 2011

kita insan yang beruntung

Cuba perhatikan, ramai manusia di sekeliling kita sedang menghadapi pelbagai bencana. Betapa banyak penderitaan yang ditanggung dan hanya iman yang menjadi kekuatan untuk kita mengharunginya.
   Jadi, usah merungut, bersedih dan berputus asa jika kita diuji dengan cabaran yang kecil. Kini sampailah masa untuk kita merenung ke dalam diri sebagai orang yang mulia bersama mereka yang terkena musibah. Tiba masa juga untuk kita menyedari bahawa kehidupan di dunia ini merupakan penjara bagi orang-orang mukmin dan ia adalah tempat kesusahan dan cubaan.
    Semua yang dimiliki hari ini hanya pinjaman dan segala-galanya boleh hilang sekelip mata bila ujian tiba seperti  kemiskinan, kematian, kesakitan dan sebagainya.
  'Dan Kami pula telag nyatakan kepada kamu berbagai-bagai contoh perbandingan (di dalam al-Quran dan melalui sabda Rasul' - surah Ibrahim ayat 14:45
   Anggaplah dugaan yang diterima itu bagaikan duri-duri kecil yang tiada ertinya. Mohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan dan bersyukurlah di atas segala kurniaan-Nya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai teladan yang redha dan bersabar dengan pelbagai cabaran yang menimpanya dalam menegakkan Islam. Sebagai umatnya, malunya kita jika ditimpa dugaan yang kecil, kita sudah berputus asa.

No comments:

Post a Comment